z

Thursday, November 25, 2010

DEFINISI ISIPADU CECAIR

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh dukur dengan menggunakan ‘non standard units’atau dengan kata lain unit bukan piawai dan ‘standard unit’ atau membawa maksud unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam ‘system metric’. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas.

      Kemahiran Mengukur
Kemahiran ini merupakan kemahiran yang amat penting yang perlu dipupuk kepada murid dengan perlahan-lahan khususnya kepada guru matematik tahun dua apabila mengajar di bawah tajuk Isipadu Cecair. Ini kerana sering berlaku kesilapan bagi murid-murid ketika membaca ukuran sebenar sesuatu isipadu. Kemahiran ini merangkumi aspek membaca alat ukur dengan betul, mengetahui unit ukuran atau sukatan, menukar unit ukuran dan membuat kira hampir. Model atau alat sebenar perlu diberikan kepada murid supaya pengalaman konkrit dapat melahirkan keyakinan semasa sukat-menyukat dan membuat pengiraan yang berkaitan.
      Unit ukuran, cara membaca alat ukur dan membuat penukaran unit ukuran mestilah diajar kepada murid secara perlahan-lahan dengan latih tubi yang kerap sehingga ke peringkat mahir. Latihan atau masalah matematik yang berkaitan mestilah diberikan kepada murid sehingga mereka benar faham cara menggunakan alat ukur dan dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran ini untuk menjadi konsumer atau pengguna yang bijak. Ini akan dapat mengelakkan daripada terjadinya kesilapan murid-murid apabila membaca sukatan isipadu.




Rajah1: Contoh gambar silinder penyukat yang pelbagai saiz

       Sukatan Muatan 
Untuk menyukat muatan air kopi di dalam satu teko, penyukat cawan digunakan. Bilangan beberapa kali cawan yang diisi dengan air kopi menentukan ukurannya. Satu cara lagi adalah dengan menyediakan beberapa biji cawan yang sama besar untuk mengisi air kopi itu. Bilangan cawan yang digunakan ialah ukuran yang diperlukan. Ukuran air kopi dinyatakan dengan sebutan cawan.

Contohnya: sukatan air kopi di dalam teko ialah sebanyak tiga cawan.

      Dalam pembelajaran ini, kanak-kanak banyak menjalankan gerak kerja, sama ada secara beramai-ramai atau secara individu. Mereka akan banyak memanipulasikan objek untuk menjalankan perbandingan, membuat pengukuran dan penimbangan. Koordinasi tangan diperlukan semasa memgang objek atau alat pengukur. Mereka memerlukan galakan dan bimbingan untuk mengatasi masalah, melengkapkan tugas mereka serta memperoleh keputusan. Melalui gerak kerja yang mereka laksanakanseperti ini, kanak-kanak diserapkan dengan sifat-sifat ketelitian dan ketabahan serta keperluan berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan-rakan. 

No comments:

Post a Comment