HBMT2103: TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
SEMESTER SEPTEMBER 2010
z
Saturday, November 27, 2010
Friday, November 26, 2010
MUKA DEPAN TUGASAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
________________________________________________________________________
HBMT 2103: TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
SEMESTER SEPTEMBER 201O
________________________________________________________________________
Disediakan Oleh:
NIK AHMAD TAMIMI BIN NIK IDERIS
No. Matrik
810421035063002
No. Kad Pengenalan
810421035063
Email :
No. Telefon :
012-7848688
Nama Pensyarah:
PN ZAITUN BT OTHMAN
Thursday, November 25, 2010
DEFINISI ISIPADU CECAIR
Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti atau muatan boleh dukur dengan menggunakan ‘non standard units’atau dengan kata lain unit bukan piawai dan ‘standard unit’ atau membawa maksud unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam ‘system metric’. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz. Guru boleh menggunakan bahan-bahan yang dikumpulkan seperti botol air mineral, pasu, mangkuk dan lain-lain untuk membuat ujikaji tentang pengukuran muatan yang terkandung dalam sesuatu bekas.
Kemahiran Mengukur
Kemahiran ini merupakan kemahiran yang amat penting yang perlu dipupuk kepada murid dengan perlahan-lahan khususnya kepada guru matematik tahun dua apabila mengajar di bawah tajuk Isipadu Cecair. Ini kerana sering berlaku kesilapan bagi murid-murid ketika membaca ukuran sebenar sesuatu isipadu. Kemahiran ini merangkumi aspek membaca alat ukur dengan betul, mengetahui unit ukuran atau sukatan, menukar unit ukuran dan membuat kira hampir. Model atau alat sebenar perlu diberikan kepada murid supaya pengalaman konkrit dapat melahirkan keyakinan semasa sukat-menyukat dan membuat pengiraan yang berkaitan.
Unit ukuran, cara membaca alat ukur dan membuat penukaran unit ukuran mestilah diajar kepada murid secara perlahan-lahan dengan latih tubi yang kerap sehingga ke peringkat mahir. Latihan atau masalah matematik yang berkaitan mestilah diberikan kepada murid sehingga mereka benar faham cara menggunakan alat ukur dan dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran ini untuk menjadi konsumer atau pengguna yang bijak. Ini akan dapat mengelakkan daripada terjadinya kesilapan murid-murid apabila membaca sukatan isipadu.
Rajah1: Contoh gambar silinder penyukat yang pelbagai saiz
Sukatan Muatan
Untuk menyukat muatan air kopi di dalam satu teko, penyukat cawan digunakan. Bilangan beberapa kali cawan yang diisi dengan air kopi menentukan ukurannya. Satu cara lagi adalah dengan menyediakan beberapa biji cawan yang sama besar untuk mengisi air kopi itu. Bilangan cawan yang digunakan ialah ukuran yang diperlukan. Ukuran air kopi dinyatakan dengan sebutan cawan.
Contohnya: sukatan air kopi di dalam teko ialah sebanyak tiga cawan.
Dalam pembelajaran ini, kanak-kanak banyak menjalankan gerak kerja, sama ada secara beramai-ramai atau secara individu. Mereka akan banyak memanipulasikan objek untuk menjalankan perbandingan, membuat pengukuran dan penimbangan. Koordinasi tangan diperlukan semasa memgang objek atau alat pengukur. Mereka memerlukan galakan dan bimbingan untuk mengatasi masalah, melengkapkan tugas mereka serta memperoleh keputusan. Melalui gerak kerja yang mereka laksanakanseperti ini, kanak-kanak diserapkan dengan sifat-sifat ketelitian dan ketabahan serta keperluan berkomunikasi dan bekerjasama dengan rakan-rakan.
Wednesday, November 24, 2010
VIDEO PENGAJARAN
Video pengajaran yang saya muat turunkan di atas menunjukkan satu bentuk aktiviti yang dicadangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Isipadu Cecair. Video yang saya muat turunkan di atas adalah sangat sesuai untuk murid Tahun Dua untuk mengetahui bagaimana membaca sukatan isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran piawai. Ini merupakan salah satu langkah permulaan awal kepada murid sebelum mempelajari lebih banyak lagi tentang Isipadu Cecair. Video di atas juga amat bersesuaian untuk murid-murid Tahun Dua kerana dimasukkan animasi bergerak yang mana boleh menarik minat serta dimasukkan juga penerangan satu persatu untuk murid lebih memahami lagi bagaimana cecair disukat dengan menggunakan silinder penyukat. .
Tuesday, November 23, 2010
BAHAN BANTU MENGAJAR
Di awal persekolahan, subjek matematik mahupun subjek yang lain memerlukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM). Ini adalah penting untuk embantu guru dalam penyampaiannya terhadap murid-murid. Guru seharusnya menyediakan BBM atau media yang berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya.
Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka kea rah pembentukan konsep yang betul dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan konsep yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Pemilihan bahan bantu mengajar ialah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat pencapaian pelajar, dan jangka masa sesuatu pengajaran.
Rasional Penggunaan BBM Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah.
Penggunaan bahan bantu mengajar adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru serta murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan bantu mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid. Sebaliknya dengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat diselamatkan dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar.
Bahan Bantu Mengajar Untuk Tajuk Isipadu Cecair.
Pada bahagian ini akan dijelaskan dua bentuk bahan bantu mengajar dalam membantu guru-guru untuk mengajar Isipadu Cecair Tahun Dua. Bahan bantu mengajar tersebut iaitu bagi murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan yang satu lagi untuk murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang agak lemah sedikit.
Bahan Bantu Mengajar Untuk Murid-murid Kecerdasan Tinggi.
Bahan bantu mengajar yang ditunjukkan di atas adalah penyukat isipadu cecair yang mempunyai unit piawai seperti mililiter dan liter. Alat ini adalah sangat bersesuaian untuk guru-guru dalam membantu mereka menerangkan konsep isipadu kepada murid-murid yang sudah tinggi tahap pemikirannya. Dengan penggunaan alat ini akan dapat mengelakkan daripada berlakunya kesilapan kepada murid-murid ketika membezakan kapasiti dua bekas yang berlainan saiznya sedangkan isipadunya tetap sama. Penggunaan bahan bantu mengajar bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan pemikiran yang tinggi ini adalah sangat berbeza berbanding murid yang lemah kerana bagi mereka ini, sudah mengetahui dan dapat membezakan isipadu cecair bagi benda yang terdapat di sekeliling mereka sebagai contoh isi padu botol air mineral, isipadu air di dalam botol susu, isi padu air di dalam baldi dan sebagainya.
Bahan Bantu Mengajar Untuk Murid Yang Lemah
Berdasarkan kepada rajah di atas, akan dijelaskan pula bahan bantu mengajar khas untuk murid-murid yang lemah serta mempunyai tahap kecerdasan yang agak lemah. Saya akan memilih bahan-bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka supaya murid-murid dapat lebih memahami lagi tentang isi kandungan yang akan disampaikan oleh guru kerana bahan-bahan yang digunakan mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian mereka. Bahan-bahan yang ditunjukkan mempunyai kepelbagain saiz dan mudah didapati. Ia juga menjimatkan kos kerana murid-murid sendiri atau guru memperolehinya daripada bahan-bahan kitar semula. Selain menjimatkan kos, ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni murid supaya dapat menjaga alam sekitar. Ini juga merupakan salah satu pembelajaran yang harus dihadapi oleh murid-murid. Apabila mengajar topik isipadu dan cecair kepada murid-murid yang lemah, harus diingat supaya bahan bantu mengajar yang ditunjukkan di atas dapat dilihat oleh murid akan isi kandungan di dalamnya supaya mereka dapat membaca akan sukatan isipadu cecair yang diukur.
Sunday, November 21, 2010
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AktmenMok 6.0 Rancangan Pengajaran Harian
6.1 Rancangan Pengajaran Harian Matematik Murid Pencapaian Tinggi
Matapelajaran : Matematik
Tarikh : 14 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Kelas : 2 Excellent
Bilangan Murid : 34 orang
Tajuk : Isipadu Cecair
Kemahiran : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
i) Membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair dengan mengunakan unit ukuran piawai.
Pengetahuan Sedia ada murid : Murid telah mempelajari bagaimana untuk mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai.
Bahan bantu mengajar : a) Bikar b) Cawan c) Gelas
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Set Induksi
1. Beberapa orang murid disoal mengenai contoh-contoh benda yang terdapat isipadu cecair di dalam kehidupan seharian mereka sebagai contoh isipadu air pada air kotak, air mineral, tangki air, minyak pelincir dan sebagainya.
2. Guru mengaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.
Langkah 1
1. Murid-murid diberi penerangan mengenai penggunaan istilah milliliter dan liter serta simbol yang diguna pakai iaitu ml dan l .
2. Murid-murid seterusnya ditanya mengenai kepentingan tajuk cecair dan isipadu dalam kehidupan harian.
Langkah 2
1. Guru menunjukkan peralatan yang akan digunakan untuk menyukat cecair dan isipadu iaitu kepelbagaian saiz silinder penyukat dan bikar.
2. Murid diberi penerangan bagaimana untuk membaca sukatan air yang sebenar serta kedudukan mata yang betul
3. Guru menunjukkan kepada murid-murid bagaimana membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran paiwai iaitu yang pertama, dengan menggunakan empat biji cawan.
4. Salah seorang murid diminta tampil kehadapan dan merekodkan bacaan isipadu empat biji cawan yang telah disukat iaitu 350 ml.
Langkah 3
1. Seterusnya guru meminta dua orang murid tampil kehadapan dan menyukat pula empat biji gelas ke dalam bikar.
2. Murid yang lain pula diminta merekodkan bacaan isipadu empat biji gelas yang disukat oleh rakan mereka iaitu 450 ml.
3. Murid-murid seterusnya ditanya mengenai perbezaan bacaan isipadu air di dalam empat biji cawan dan empat biji gelas yang disukat oleh rakan mereka.
Penutup
1. Murid-murid dijelaskan bahawa walaupun bilangan cawan dan gelas adalah sama akan tetapi bacaan isipadu bagi setiapnya adalah berbeza kerana gelas boleh menampung isipadu air dengan banyak manakala cawan pula boleh menampung kurang daripada cawan.
2. Guru juga menerangkan tentang nilai-nilai murni yang mesti ditanam dalam diri murid iaitu amanah, jujur dan adil ketika menyukat sebarang isipadu cecair.
6.2 Rancangan Pengajaran Harian Matematik Untuk Murid Pencapaian Rendah
Matapelajaran : Matematik
Tarikh : 18 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Kelas : 2 Smart
Bilangan Murid : 30 orang
Tajuk : Isipadu Cecair
Kemahiran : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
i) Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai.
Pengetahuan Sedia ada murid : Mengetahui isipadu cecair yang terdapat dalam kehidupan seharian mereka seperti isipadu air tin, air kotak, minyak pelincir dan sebaginya..
Bahan bantu mengajar : a) botol mineral kecil dan besar b)balang gula-gula
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Set Induksi
1. Guru bercerita tentang ‘Orang Tua Misteri Dengan Botol Ajaib’. Orang tua tersebut telah mengirimkan sepucuk surat yang telah diletakkan di dalam botol.
2. Di dalam surat tersebut, dinyatakan bahawa orang tua itu meminta murid-murid 2 Smart supaya dapat membuat aktiviti perbandingan isipadu cecair secara perbandingan terus supaya dapat diselesaikan masalah yang dihadapinya.
Langkah 1
1. Guru menunjukkan satu balang gula-gula yang kosong kepada murid-murid serta dua bahan bantu mengajar yang lain iaitu botol mineral kecil dan besar.
2. Murid ditanya tentang kegunaan botol mineral selepas ianya digunakan kepentingannya dalam proses menyukat isipadu cecair.
3. Murid juga diterangkan aktiviti yang akan dijalankan serta kemahiran yang akan dipelajari selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
Langkah 2
1. Dua orang murid diminta tampil ke hadapan kelas untuk menjalankan aktiviti sambil diberi arahan oleh guru.
2. Murid pertama diminta untuk menuangkan air di dalam botol mineral kecil ke dalam balang gula-gula sehingga penuh.
3. Murid tersebut juga diminta untuk mengira berapa banyak botol mineral kecil dapat memenuhkan isipadu di dalam balang gula-gula.
4. Murid-murid diminta mengira bersama-sama dan diminta mencatatkannya di dalam buku tulis iaitu sebanyak enam botol mineral kecil berisi air dapat memenuhkan balang gula-gula.
Langkah 3
1. Seterusnya, murid kedua pula diminta menjalankan aktiviti seperti murid yang pertama iaitu menuangkan air di dalam botol mineral besar ke dalam balang gula-gula sehingga penuh.
2. Murid tersebut juga diminta untuk mengira berapa banyak botol mineral besar dapat memenuhkan isipadu air di dalam baling gula-gula yang disediakan.
3. Murid-murid lain diminta mencatatkan di dalam buku tulis iaitu sebanyak 2 botol mineral besar yang berisi air sahaja dapat memenuhkan isipadu air di dalam balang gula-gula.
Penutup
1. Sebagai penutup, guru membuat kesimpulan mengenai aktiviti yang dijalankan.
2. Guru bersoal jawab dengan murid iaitu dengan menguji beberapa solan yang berkaitan dengan aktiviti
2. Guru bersoal jawab dengan murid iaitu dengan menguji beberapa solan yang berkaitan dengan aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)