z

Sunday, November 21, 2010

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AktmenMok 6.0 Rancangan Pengajaran Harian

6.1 Rancangan Pengajaran Harian Matematik Murid Pencapaian Tinggi

Matapelajaran           : Matematik
Tarikh                        : 14 Oktober 2010 (Isnin)
Masa                           : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Kelas                           : 2 Excellent
Bilangan Murid         : 34 orang
Tajuk                          : Isipadu Cecair
Kemahiran                 : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Hasil Pembelajaran   : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
i)                    Membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair dengan mengunakan unit ukuran piawai.
Pengetahuan Sedia ada murid : Murid telah mempelajari bagaimana untuk mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai.
Bahan bantu mengajar              : a) Bikar                b) Cawan         c) Gelas

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Set Induksi

1.      Beberapa orang murid disoal mengenai contoh-contoh benda yang terdapat isipadu cecair di dalam kehidupan seharian mereka sebagai contoh isipadu air pada air kotak, air mineral, tangki air, minyak pelincir dan sebagainya.





2.      Guru mengaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.

Langkah 1

1.      Murid-murid diberi penerangan mengenai penggunaan istilah milliliter dan liter serta simbol yang diguna pakai iaitu ml dan l .
2.      Murid-murid seterusnya ditanya mengenai kepentingan tajuk cecair dan isipadu dalam kehidupan harian.

                       
Langkah 2

1.      Guru menunjukkan peralatan yang akan digunakan untuk menyukat cecair dan isipadu iaitu kepelbagaian saiz silinder penyukat dan bikar.
2.      Murid diberi penerangan bagaimana untuk membaca sukatan air yang sebenar serta kedudukan mata yang betul
3.      Guru menunjukkan kepada murid-murid bagaimana membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair dengan menggunakan unit ukuran paiwai iaitu yang pertama, dengan menggunakan empat biji cawan.  


4.      Salah seorang murid diminta tampil kehadapan dan merekodkan bacaan isipadu empat biji cawan yang telah disukat iaitu 350 ml.


Langkah 3

1.      Seterusnya guru meminta dua orang murid tampil kehadapan dan menyukat pula empat biji gelas ke dalam bikar.


2.      Murid yang lain pula diminta merekodkan bacaan isipadu empat biji gelas yang disukat oleh rakan mereka iaitu 450 ml.
                                   
3.       Murid-murid seterusnya ditanya mengenai perbezaan bacaan isipadu air di dalam empat biji cawan dan empat biji gelas yang disukat oleh rakan mereka.

Penutup

1.      Murid-murid dijelaskan bahawa walaupun bilangan cawan dan gelas adalah sama akan tetapi bacaan isipadu bagi setiapnya adalah berbeza kerana gelas boleh menampung isipadu air dengan banyak manakala cawan pula boleh menampung kurang daripada cawan. 
2.      Guru juga menerangkan tentang nilai-nilai murni yang mesti ditanam dalam diri murid iaitu amanah, jujur dan adil ketika menyukat sebarang isipadu cecair.



6.2 Rancangan Pengajaran Harian Matematik Untuk Murid Pencapaian Rendah

Matapelajaran           : Matematik
Tarikh                        : 18 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa                           : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Kelas                           : 2 Smart
Bilangan Murid         : 30 orang
Tajuk                          : Isipadu Cecair
Kemahiran                 : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Hasil Pembelajaran   : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
i)                    Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus dengan menggunakan unit ukuran bukan piawai.
Pengetahuan Sedia ada murid : Mengetahui isipadu cecair yang terdapat dalam kehidupan seharian mereka seperti isipadu air tin, air kotak, minyak pelincir dan sebaginya..
Bahan bantu mengajar                : a) botol mineral kecil dan besar             b)balang gula-gula





Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Set Induksi
1.      Guru bercerita tentang ‘Orang Tua Misteri Dengan Botol Ajaib’. Orang tua tersebut telah mengirimkan sepucuk surat yang telah diletakkan di dalam botol.
                                                                


2.      Di dalam surat tersebut, dinyatakan bahawa orang tua itu meminta murid-murid 2 Smart supaya dapat membuat aktiviti perbandingan isipadu cecair secara perbandingan terus supaya dapat diselesaikan masalah yang dihadapinya. 

Langkah 1

1.      Guru menunjukkan satu balang gula-gula yang kosong kepada murid-murid serta dua bahan bantu mengajar yang lain iaitu botol mineral kecil dan besar.


2.      Murid ditanya tentang kegunaan botol mineral selepas ianya digunakan kepentingannya dalam proses menyukat isipadu cecair.
3.      Murid juga diterangkan aktiviti yang akan dijalankan serta kemahiran yang akan dipelajari selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah 2

1.      Dua orang murid diminta tampil ke hadapan kelas untuk menjalankan aktiviti sambil diberi arahan oleh guru.
2.       Murid pertama diminta untuk menuangkan air di dalam botol mineral kecil ke dalam balang gula-gula sehingga penuh.


3.      Murid tersebut juga diminta untuk mengira berapa banyak botol mineral kecil dapat memenuhkan isipadu di dalam balang gula-gula.


4.      Murid-murid diminta mengira bersama-sama dan diminta mencatatkannya di dalam buku tulis iaitu sebanyak enam botol mineral kecil berisi air dapat memenuhkan balang gula-gula.

Langkah 3

1.      Seterusnya, murid kedua pula diminta menjalankan aktiviti seperti murid yang pertama iaitu menuangkan air di dalam botol mineral besar ke dalam balang gula-gula sehingga penuh.


                                      
                                                                                              
2.      Murid tersebut juga diminta untuk mengira berapa banyak botol mineral besar dapat memenuhkan isipadu air di dalam baling gula-gula yang disediakan.

3.      Murid-murid lain diminta mencatatkan di dalam buku tulis iaitu sebanyak 2 botol mineral besar yang berisi air sahaja dapat memenuhkan isipadu air di dalam balang gula-gula.


Penutup

1.      Sebagai penutup, guru membuat kesimpulan mengenai aktiviti yang dijalankan.
2. Guru bersoal jawab dengan murid iaitu dengan menguji beberapa solan yang berkaitan dengan aktiviti




No comments:

Post a Comment