z

Saturday, November 20, 2010

KESIMPULAN

Di sini dapat dirumuskan bahawa mengajar konsep isipadu cecair untuk murid faham akan konsepnya agak mencabar bagi seseorang guru. Ini kerana pelbagai kesilapan dan kesalahan yang akan dilakukan oleh murid semasa menjalankan aktiviti yang diatur khususnya ketika menjalankan aktiviti menyukat isipadu cecair. Akan tetapi kesilapan yang dilakukan oleh murid ini dapat diatasi dengan teknik yang diguna pakai oleh guru semasa menerangkan konsep isipadu cecair kepada murid. Ini termasuklah juga dengan penggunaan video pengajaran serta bahan bantu mengajar yang boleh menarik minat dan perhatian murid. Selain itu juga aktiviti yang diatur juga mestilah bersesuaian dengan tahap penerimaan murid iaitu tahap kecerdasan pemikiran yang tinggi, sederhana dan lemah. Guru juga perlu mengaitkan isi pelajarannya dalam konteks situasi seharian supaya murid-murid lebih memahaminya lagi.

No comments:

Post a Comment