z

Tuesday, November 23, 2010

BAHAN BANTU MENGAJAR

Di awal persekolahan, subjek matematik mahupun subjek yang lain memerlukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran atau Bahan Bantu Mengajar (BBM). Ini adalah penting untuk embantu guru dalam penyampaiannya terhadap murid-murid. Guru seharusnya menyediakan BBM  atau media yang berkesan dalam usaha untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya.
            Tujuan penggunaan BBM ini adalah untuk memudahkan murid-murid memahami atau membantu mereka kea rah pembentukan konsep yang betul dengan adanya BBM, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan konsep yang tepat. Apabila guru-guru memilih sesuatu BBM untuk digunakan dalam pengajaran mereka, seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis rangsangan yang hendak digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran agar dapat meninggalkan kesan. Pemilihan bahan bantu mengajar ialah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan, tingkat pencapaian pelajar, dan jangka masa sesuatu pengajaran.

      Rasional Penggunaan BBM Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah.

Penggunaan bahan bantu mengajar adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru serta murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Bahan bantu mengajar ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid-murid. Sebaliknya dengan adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat diselamatkan dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, BBM juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar.  


       Bahan Bantu Mengajar Untuk Tajuk Isipadu Cecair.

Pada bahagian ini akan dijelaskan dua bentuk bahan bantu mengajar dalam membantu guru-guru untuk  mengajar Isipadu Cecair Tahun Dua. Bahan bantu mengajar tersebut iaitu bagi murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan yang satu lagi untuk murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang agak lemah sedikit.

         Bahan Bantu Mengajar Untuk Murid-murid Kecerdasan Tinggi.



                                  
  

                                                                                                                                            
                                                                                                                                   


Bahan bantu mengajar yang ditunjukkan di atas adalah penyukat isipadu cecair yang mempunyai unit piawai seperti mililiter dan liter. Alat ini adalah sangat bersesuaian untuk guru-guru dalam membantu mereka menerangkan konsep isipadu kepada murid-murid yang sudah tinggi tahap pemikirannya. Dengan penggunaan alat ini akan dapat mengelakkan daripada berlakunya kesilapan kepada murid-murid ketika membezakan kapasiti dua bekas yang berlainan saiznya sedangkan isipadunya tetap sama. Penggunaan bahan bantu mengajar bagi murid-murid yang mempunyai kecerdasan pemikiran yang tinggi ini adalah sangat berbeza berbanding murid yang lemah kerana bagi mereka ini, sudah mengetahui dan dapat membezakan isipadu cecair bagi benda yang terdapat di sekeliling mereka sebagai contoh isi padu botol air mineral, isipadu air di dalam botol susu, isi padu air di dalam baldi dan sebagainya.     


            Bahan Bantu Mengajar Untuk Murid Yang Lemah





                                                                                                                                            



Berdasarkan kepada rajah di atas, akan dijelaskan pula bahan bantu mengajar khas untuk murid-murid yang lemah serta mempunyai tahap kecerdasan yang agak lemah. Saya akan memilih bahan-bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka supaya murid-murid dapat lebih memahami lagi tentang isi kandungan yang akan disampaikan oleh guru kerana bahan-bahan yang digunakan mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian mereka. Bahan-bahan yang ditunjukkan mempunyai kepelbagain saiz dan mudah didapati. Ia juga menjimatkan kos kerana murid-murid sendiri atau guru memperolehinya daripada bahan-bahan kitar semula. Selain menjimatkan kos, ia juga dapat memupuk nilai-nilai murni murid supaya dapat menjaga alam sekitar. Ini juga merupakan salah satu pembelajaran yang harus dihadapi oleh murid-murid. Apabila mengajar topik isipadu dan cecair kepada murid-murid yang lemah, harus diingat supaya bahan bantu mengajar yang ditunjukkan di atas dapat dilihat oleh murid akan isi kandungan di dalamnya supaya mereka dapat membaca akan sukatan isipadu cecair yang diukur.


No comments:

Post a Comment